Sunday, 16 September 2012

kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi negara kita

Keseimbangan ekosistem

1. Habitat Flora dan Fauna
- Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncasdan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut.  Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.

2. Menyederhanakan suhu
- Hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis.  Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara.

3. Membekalkan oksigen
- Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis.

4. Zon Penampan mengawal hakisan
- Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan  tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.

5.Kawasan Tadahan Air Hujan
- Kawasan  hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan.  Air dari sinilah yang akan  mengalir  ke permukaan sungai-sungai utama.

6. Ekopelancongan dan rekreasi
- Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar. Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi unt uk penduduk sekitarnya seperti dijadikan kawasa beriadah, berjogging, dan   merehatkan minda bagi penduduk bandar.

7. Menyerap karbon dioksida
- Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan karbon dioksida di udara.


Pembekalkan hsil-hasil hutan
Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna.

Habitat flora dan fauna
Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.


Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh
Pembekal ubat-ubatan
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pembekal bahan mentah
Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu.
Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi 

Kawasan tadahan
Kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung secara semula jadi melalui landskapnya. Air hujan dan air yang dialirkan keluar dari kawasan ini akan mengalir ke dalam tasik, sungai dan laut. Kawasan tadahan air membekalkan sumber air mentah, kawasan rekreasi, habitat tumbuhan dan haiwan serta flora dan fauna, pengairan dan industri perikanan.

Pembiakan hidupan laut
1. Akar-akar pokok bakau di hutan paya air masin tumbuh rapat-rapat dan banyak.

2. Keadaan ini mengurangkan hakisan ombak di kawasan muara sungai dan pinggir laut.

3. Di celah-celah akar pokok bakau, pelbagai hidupan laut dapat berlindung daripada ombak yang kuat.

4. Di sini, anak-anak ikan dapat juga bersembunyi dan mengelakkan diri daripada dimakan oleh hidupan laut yang lain.

5. Oleh itu, kawasan ini menjadi tempat hudipan laut seperti ikan, udang, ketam dan siput untuk bertelur dan membiak.

6. Di kawasan ini terdapat banyak ketam uca dan ikan belacak.

7. Tanih kawasan ini terdiri daripada lumpur, tanah liat dan bahan-bahan reput.

8. Reputan daripada tumbuhan dan haiwan yang mati dalam ekosistem akan menjadi nutrien sebagai makanan asas dalam rantaian makana bagi kebanyakan hidupan laut.

Penghasilan ubat-ubatan traditional

  • Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan ubi
  • Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan dalam perubatan tradisional
  • Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan kehilangan kahak
  • Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk mengubati demam
aadasd
Sumber pelbagai jenis flora dan fauna

  • Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia
  • Hidupan liar seperti orang utan, tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita
  • Flora dan fauna menjadi tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi

  • Habitat hidupan liar

    • Hutan membekalkan makanan kepada hidupan liar
    • Haiwan menjadikan hutan sebagai tempat tinggal serta perlindungan

    Pengecah hakisan tanih

    • Hutan bukan sahaja memberi hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanih daripada hakisan air
    • Daun dan ranting pokok di hutan hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil
    • Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih

    Pengembangan eko-pelancongan

    • Beberapa buah taman negara dan hutan simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus
    • Taman Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia
    • Terdapat lebih daripada 10000spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara

    Come to PBS!

    Hello buddy! Let's us come to PBS! Come to Play BlackShot (PBS)! Yo! Chase me sergeant major!